MELAKA 11 Mei – Seorang penduduk kerugian kira-kira RM16,000 apabila kenderaan pelbagai guna jenis Naza Ria miliknya musnah dalam kebakaran di Kampung Permatang Duyong di sini malam tadi. Kejadian berlaku kira-kira pukul 8.20 malam tadi ketika pemilik kenderaan tersebut, Syahrul Nizam Shamsudin, 43, selesai berbuka puasa bersama keluarga dan menunggu untuk menunaikan solat isyak dan tarawih. “Ketika kejadian saya berada di luar dan tiba-tiba dihubungi oleh adik ipar memaklumkan berlaku…