Rossa turut dukacita atas kemangkatan Sultan Ahmad Shah - Utusan Malaysia

Rossa turut dukacita atas kemangkatan Sultan Ahmad Shah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 22 Mei – Penyanyi terkenal Indonesia, Datuk Seri Rossa turut berduka cita atas kemangkatan Sultan Ahmad Shah yang menghembuskan nafas terakhir pada pukul 8.50 pagi tadi.

“Innalillaahiii. Turut berdukacita sedalam-dalamnya Tuanku Sultan Ahmad Syah. Al-Fatihah untuk Tuanku, raja yang semasa hidupnya penuh kasih sayang kepada sesama, semoga Allah mencucuri Tuanku dengan rahmat, diampuni dosa dan diberikan tempat terbaik. Aamiin ya Rabb,” kata Rossa dalam laman Twitter miliknya hari ini.

Rossa atau nama sebenarnya Sri Rosa Roslaina Handiyani turut menerima gelaran Datuk Seri setelah dikurniakan Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) dalam Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Pahang sempena memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Ahmad Shah tahun lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sementara itu, almarhum baginda yang mangkat di Institut Jantung Negara (IJN) akan dimakamkan di Makam Diraja di Pekan selepas solat Zuhur esok.

Negeri Pahang juga akan berkabung selama 40 hari mulai hari ini bagi menghormati kemangkatan almarhum baginda. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini