LONDON 4 Mei – Jose Mourinho menerima tawaran kontrak tiga tahun bersama Roma.
Bekas pengurus Manchester United itu sedang mencari pasukan baharu sejak dipecat pada Disember lalu dan Roma yang beraksi dalam Serie A berminat untuk mendapatkan khidmat Mourinho.
Menurut akhbar Perancis, L’Equipe jurulatih dari Portugal itu hanya akan menerima tawaran dari Roma jika mereka beraksi dalam Liga Juara-Juara musim depan.
Memuatkan artikel berkaitan…
Ketika ini, kelab itu menghuni tangga kelima Serie A, ketinggalan satu mata di belakang Atalanta yang berada di slot terakhir ke Liga Juara-Juara.
Berbaki empat perlawanan, Roma berpeluang untuk mengubah kedudukan sekali gus menarik minat Mourinho memandangkan mereka sebelum ini sudah pun mengadakan beberapa pertemuan. – AGENSI











