KESUNTUKAN masa namun tetap mahu bergaya memakai selendang tanpa perlu memikirkan gaya lilitannya. Sudah pasti ini melibatkan golongan wanita yang sibuk. Justeru, koleksi hijab Sarah Ahmad pasti memenuhi ciri-ciri yang diingini.
Koleksi hijab segera atau instant Sarah Ahmad tampak seperti selendang namun tidak memerlukan pemakainya bersusah payah melilit kain tudung sebaliknya hanya perlu disarung sahaja.
Mudah, ringkas dan bergaya. Tanpa perlu digosok, tudung ini sesuai dipakai golongan wanita berusia 20 tahun sehingga 50 tahun sama ada ke pejabat atau bersantai malah boleh digayakan menjelang Aidilfitri yang bakal menjelang tiba.
Menggunakan material likra pada keseluruhan tudung kecuali kapas viskos pada bahagian hadapan kepala, tudung ini direka dengan kedutan pada bahagian kiri dan kanan untuk memberi kesan beralun tanpa mendedahkan bahagian dada.
Kata empunya rekaan, Maysarah Ahmad, 38, koleksi hijab instant Sarah Ahmad mempunyai pelbagai corak dan warna yang ceria, inspirasi daripada pelanggan setia sejak memulakan perniagaan, lima tahun lalu.
Selain tudung, Sarah Ahmad turut menampilkan koleksi abaya Al-Hanna dengan potongan kembang dan longgar untuk wanita juga pada peringkat usia antara 20 tahun hingga 50 tahun. Sesuai dipakai ke majlis keraian dan ke pejabat.
Al-Hanna menggunakan material fursan dan renda didatangkan dengan lima warna iaitu merah, jingga, hitam, merah jambu dan kuning untuk mereka yang bersaiz S sehingga 2XL.
Abaya ini amat sesuai untuk ibu yang menyusukan anak kerana mempunyai zip di bahagian hadapan dada serta mempunyai poket pada bahagian kanan dan kiri baju.
Selain mempunyai zip pada bahagian tangan bagi memudahkan golongan wanita mengambil wuduk, abaya ini juga tidak mudah renyuk malah hanya perlu digosok ala kadar sahaja.
Bukan sahaja selesa dan cantik, Al-Hanna dijual pada harga berpatutan namun kata Maysarah, rata-rata pelanggannya gemar abaya berwarna hitam yang mudah dipadankan dengan tudung hijab instant.
Mereka yang berminat untuk mendapatkan tudung dan abaya Sarah Ahmad boleh melayari Facebook sarah ahmad atau instagram by_sarah_ahmad ataupun www.bysarahahmad.com.











