JOHOR BAHRU 27 Mei – Tindakan bomba yang pantas mengeluarkan pemandu tersepit berjaya menyelamatkan nyawa mangsa selepas kereta dipandu melanggar tiang lampu Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) di depan stesen minyak Jalan Pontian, Taman Pulai Perdana di sini petang tadi. Dalam kejadian pada pukul 2.20 petang itu, lapan anggota, satu jentera dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Skudai dikejarkan ke tempat kejadian selepas…









