Remaja samun warga asing diberkas - Utusan Malaysia

Remaja samun warga asing diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SABAK BERNAM 20 Mei – Dua remaja yang juga penagih dadah yang menjadikan pekerja warga asing sebagai sasaran jenayah ragut tumpas apabila berjaya diberkas polis dalam Ops Pintu, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Deputi Superintenden Lim Chee Khoon berkata, kedua-dua suspek berumur 20 dan 17 tahun ditangkap pada pukul 2.30 petang di sebuah rumah di Jalan Bagan Sungai Labu, Sekinchan, di sini.

“Dengan tertangkap suspek, polis berjaya menyelesaikan kes samun di Jalan Ban Pakat Tali Air 5, Sekinchan dalam tempoh kurang 24 jam,” katanya pada sidang akhbar di IPD Sabak Bernam di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Terdahulu, pada Jumaat, dua pekerja warga nepal yang dalam perjalanan pulang ke asrama pekerja di Jalan Radin, Sekinchan, diacu pisau sebelum disamun suspek.

Katanya, jarak antara lokasi kejadian dengan tempat kedua-dua suspek ditangkap kira-kira 2.2 kilometer.

“Polis turut menemui semula dompet dan dokumen milik mangsa selain merampas sebilah pisau dan sebuah motosikal jenis Modenas yang digunakan suspek ketika melakukan jenayah itu,” katanya.

Dalam pada itu, Chee Khoon berkata, pemeriksaan lanjut polis mendapati kedua-dua suspek, mempunyai tiga rekod lampau melibatkan kes pecah rumah dan dadah.

Tambahnya kedua-duanya juga positif syabu dan kini direman hingga 25 Mei untuk siasatan lanjut dengan kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini