Remaja maut langgar kuda - Utusan Malaysia

Remaja maut langgar kuda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS – Seorang penunggang motosikal maut setelah melanggar seekor kuda padi berhampiran Sekolah Kebangsaan Merapoh, di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.40 malam itu, Muhamad Shukri Che Aris, 22, dari Kampung Persit Merapoh, Gua Musang meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kuala Lipis, Supritendan Azli Mohd. Nor berkata, mangsa menunggang motosikal jenis Yamaha 125ZR seorang diri dari arah Lipis ke Merapoh.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mangsa dipercayai tidak nampak kuda terbabit yang berada di atas jalan raya kerana keadaan kawasan tersebut yang gelap sebelum melanggarnya.

“Akibatnya, mangsa yang mengalami cedera parah di kepala dan badan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala kuda itu turut mati,” katanya hari ini.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lipis untuk dibedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarganya.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan motosikal mangsa dihantar ke Puspakom untuk pemeriksaan,” ujarnya.

Tambah beliau, pemilik kuda terbabit telah dikenal pasti dan diminta hadir ke Balai Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) untuk membantu siasatan.

“Saya menyeru kepada pemilik haiwan agar menjaga ternakan mereka agar tidak berkeliaran di atas jalan raya bagi mengelak tragedi seperti ini berulang,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini