KUALA LUMPUR – Jumlah keseluruhan bayaran balik pinjaman yang diperoleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dari Januari hingga Mac tahun ini adalah sebanyak RM558.9 juta. Pengurus Besar Kanan Jabatan Perhubungan Awam dan Pengurusan Majlis PTPTN, Abdul Ghaffar Yusof berkata, jumlah bayaran balik sepatutnya diterima adalah RM300 juta sebulan, namun jumlah purata diperoleh dalam lingkungan RM150 juta sehingga RM180 juta. “Status pembayaran setakat ini masih di bawah tahap sebenar, sepatutnya…










