PSG mahu ‘tangkap’ De Gea - Utusan Malaysia

PSG mahu ‘tangkap’ De Gea

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 20 Mei – Paris Saint Germain (PSG) berhasrat memancing penjaga gol Manchester United, David de Gea secara percuma tahun depan.

Menurut laporan The Express, PSG mungkin akan melihat perjanjian pra-kontrak bersama De Gea Januari depan, sekali gus membuka peluang untuk penjaga gol Sepanyol itu berpindah ke ibu negara Perancis secara percuma.

Difahamkan, sekalipun tidak dikenakan fi, namun juara Ligue 1 itu bercadang menawarkan gaji lumayan kepada De Gea,

Memuatkan artikel berkaitan…

United kini terdesak untuk mengekalkan penjaga gol tersebut yang tiba ke Old Trafford sejak 2011, namun mereka menyedari bakal kehilangan De Gea apabila kontrak pemain itu berakhir pada musim panas akan datang.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini