Program Sahabat Pena MPSJ -Jepun erat hubungan - Utusan Malaysia

Program Sahabat Pena MPSJ -Jepun erat hubungan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 2 Mei- Program Sahabat Pena Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ)-Jepun yang dianjurkan MPSJ baru-baru ini berjaya memperkukuhkan hubungan di antara kedua negara serta membolehkan pelajar bertukar-tukar pandangan dan mempelajari budaya negara masing-masing.

Program di bawah Generasi Bestari MPSJ 2019 di bawah modul tiga Cintai Perbandaran itu direalisasikan dengan kerjasama Alumni Look East Policy Society (ALEPS) yang berperanan sebagai orang tengah bagi hubungan persahabatan bandar antara MPSJ dan juga bandar Hioki, Jepun.

Program kali pertama dilaksanakan di pihak berkuasa tempatan itu diangkat sebagai program berkembar dengan menggunakan kaedah pertukaran surat menyurat serta menjalinkan hubungan dua hala di antara dua negara dan pihak pejabat Pos Yaemizo, Saga,Jepun telah menjadi wakil untuk menyampaikan surat tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

Timbalan Yang Dipertua MPSJ, Mohd. Zulkurnain Che Ali berkata, objektif pelaksanaan program antara lain bertujuan memberi pendedahan kepada generasi muda MPSJ untuk berinteraksi dengan komuniti antarabangsa yang dapat membantu meletakkan tanda aras dan pembentukan identiti generasi baharu warga Subang Jaya.

Menurutnya , ia juga bertujuan mengekalkan dan memelihara nilai-nilai positif masyarakat pandang ke timur dengan pelaksanaan “Dasar Pandang keTimur V.2” yang menjadikan Jepun sebagai contoh.

Pada tahun ini, seramai 146 pelajar sekolah bersama 33 guru pengiring dari 31 buah sekolah di bawah kawasan pentadbiran Majlis menyertai program tersebut.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini