JOHOR BAHRU 28 Mei – Walaupun mendapat bantahan dan kritikan pelbagai pihak, Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasrullah Mohd. Nasir tetap meneruskan majlis buka puasa di Gurdwara Sahib di bandar raya ini sebentar tadi. Majlis Iftar Muhibbah itu berjalan lancar dan majlis tersebut diadakan di dewan utama rumah ibadat tersebut yang memuatkan kira-kira 30 meja besar dengan hampir 300 tempat duduk. Kira-kira 250 hadir dalam majlis berbuka puasa tersebut termasuk…










