SANDAKAN 1 Mei- Polis menerima tiga laporan dan membuka dua kertas siasatan setakat ini berhubung Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sandakan sejak tempoh berkempen bermula pada 27 April lepas. Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Mohd. Azhar Hamin berkata, siasatan itu dijalankan di bawah Seksyen 24B (3) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan. “Sebanyak 65 permit telah dikeluarkan kepada calon yang bertanding untuk mengadakan ceramah umum.…










