Malaysia bersedia hadapi banjir fasa kedua

Malaysia bersedia hadapi banjir fasa kedua

AHMAD Zahid Hamidi (tengah) ketika membuat Lawatan Rasmi di Universiti Kuala Lumpur British Malaysian Institute, di sini, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GOMBAK: Negara kini berada dalam tahap kesiapsiagaan tinggi bagi menghadapi kemungkinan berlakunya banjir fasa kedua yang diramal berlaku di beberapa negeri Pantai Timur dalam masa terdekat.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, walaupun keadaan cuaca tidak dapat diramal dengan ketepatan sepenuhnya, langkah paling utama ketika ini ialah melaksanakan pemindahan awal, terutama melibatkan penduduk di kawasan berisiko tinggi.

Menurutnya, Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) sedang memperkukuh sistem amaran awal termasuk menumpukan perhatian terhadap langkah pemindahan penduduk di kawasan berisiko.

“Aspek kesiapsiagaan dan maklumat awal amat penting bagi memastikan pemindahan dapat dilaksanakan lebih awal sekali gus mengurangkan risiko kehilangan nyawa serta kerosakan harta benda dan dokumen penting.

“Kita tidak dapat menjangkakan tetapi gelombang ini berlaku di Pantai Timur dan ia merupakan gelombang yang kedua akan melebar bukan sahaja di pantai timur Kelantan,Terengganu tetapi juga ke Pahang juga melebar hingga ke Johor itu juga di Sarawak di sebelah selatan Sarawak,” katanya pada sidang akhbar selepas Lawatan Rasmi ke Universiti Kuala Lumpur British Malaysian Institute di sini hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara memaklumkan bahawa negeri Kelantan dan Terengganu dijangka menjadi kawasan terawal terjejas akibat cuaca buruk tersebut.

“Keadaan itu kemudiannya berpotensi merebak ke Pahang dan Johor susulan perubahan cuaca yang diramal berterusan,” katanya.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) memaklumkan Gelombang Monsun Kedua dijangka melanda Pantai Timur, Johor, Sabah dan Sarawak dari 5 hingga 8 Disember, dengan hujan berterusan diramal di kawasan terlibat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN