Prinsip 'Raja dan Rakyat Berpisah Tiada' sebati dengan Sultan Haji Ahmad Shah - Utusan Malaysia

Prinsip ‘Raja dan Rakyat Berpisah Tiada’ sebati dengan Sultan Haji Ahmad Shah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN 22 Mei – Sepanjang lebih 40 tahun bersemayam di takhta Kerajaan Negeri Pahang, Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Muadzam Shah yang mangkat pada usia 88 tahun hari ini dikenali sebagai pemerintah yang mengamalkan prinsip ‘Raja dan Rakyat Berpisah Tiada’.

Sejarah hidup Almarhum yang berkarektor mesra, prihatin, sederhana, pengasih dan tegas bermula apabila diputerakan di Istana Mangga Tunggal, Pekan pada 24 Oktober 1930.

Pada 7 Mei 1974, baginda dilantik sebagai Sultan Pahang Kelima selepas kemangkatan ayahanda baginda, Sultan Abu Bakar ibni Almarhum Sultan Abdullah. Istiadat pertabalan rasmi baginda sebagai Sultan Pahang dilangsungkan di Istana Abu Bakar, Pekan pada 6 Mei 1975.

Memuatkan artikel berkaitan…

Baginda kemudian dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ketujuh dan memerintah negara dari 26 April 1979 hingga 25 April 1984.

Sebagai seorang yang dianggap sebagai ‘bapa’ kepada rakyat jelata di negeri naungannya, Sultan Ahmad Shah tidak pernah lokek memberi teguran, saranan, peringatan atau membuat seruan dalam majlis-majllis baginda hadiri demi pembangunan negeri serta kesejahteraan rakyat yang meliputi segala aspek.

Maka tidak hairanlah nama Almarhum meniti di bibir rakyat ekoran sikap Almarhum yang sering mendahulukan kepentingan mereka terutama ketika dilanda musibah atau kesusahan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini