Poncharal selar spekulasi mengarut - Utusan Malaysia

Poncharal selar spekulasi mengarut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PRINSIPAL pasukan Red Bull KTM Tech3, Herve Poncharal menolak segala dakwaan yang menyatakan pasukannya merancang untuk melepaskan pelumba sensasi Malaysia, Hafizh Syahrin Abdullah pada pertengahan musim ini.

Sebaliknya, Poncharal menyelar khabar angin tidak berasas itu malah mengakui ia merupakan idea yang tidak masuk akal.

Apa tidaknya, Hafizh Syahrin dikatakan bakal turun ‘pangkat’ menyertai perlumbaan kelas Moto2 manakala tempatnya akan diambil alih pelumba Red Bull KTM Ajo, Brad Bin­der.

Memuatkan artikel berkaitan…

Binder pula dikatakan mempamerkan aksi cukup cemerlang pada perlumbaan Moto2 musim lalu apabila meraih tiga kemenangan podium, namun pelumba tersebut sebenarnya menyasarkan untuk menjuarai Moto2 sebelum beralih ke Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP).

“Apabila saya berjabat tangan dengan seseorang dan membawanya masuk ke dalam pasukan ini adalah untuk memastikannya beraksi sehingga akhir perlumbaan.

“Saya akui kecewa dengan prestasi Hafizh tetapi pertukaran dengan pelumba lain merupakan idea paling tidak masuk akal.

“Perlumbaan masih di peringkat awal dan pertukaran dengan Binder adalah idea tidak munasabah sama sekali,” tegas Poncharal kepada media antarabangsa semalam.

Poncharal mengakui Binder yang merupakan juara dunia Moto3 pada tahun 2016 menolak untuk bersaing pada MotoGP kerana dia mahu meraih gelaran dunia dalam saingan Moto2 terlebih dahulu.

“Saya juga faham situasi itu kerana saya sudah berbicara dengan Binder bahawa misi utamanya adalah bagi meraih gelaran dunia Moto2 dan selepas itu menyertai kelas utama MotoGP,” jelasnya.

Sementara itu, Hafizh yang mempamerkan aksi cukup baik ketika mengemudi jentera Yamaha YZR-M1 musim lalu masih gagal menunjukkan aksi kompetitif bersama jentera KTM RC16 musim ini, bahkan bergelut untuk menemui tunggangan meyakinkan pada aksi pramusim.

Selepas lima perlumbaan, Hafizh berjaya meraih dua mata pertama selepas menamatkan saingan Grand Prix (GP) Perancis di kedudukan ke-14.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini