JAKARTA 17 Mei – Pasukan polis Indonesia sudah menahan puluhan suspek yang dikaitkan dengan kegiatan Daesh termasuk pihak yang merancang untuk meletupkan bom ketika demonstrasi politik selepas keputusan pilihan raya umum diumumkan pada minggu depan.
Kira-kira 29 suspek ditahan pada bulan ini, manakala sebanyak 60 orang lagi ditahan sejak awal tahun ini menerusi beberapa serbuan di seluruh negara.
Antara yang ditahan termasuk anggota kumpulan pengganas Jaringan Ansharut Daulah (JAD). – AFP
Memuatkan artikel berkaitan…











