Polis cari saksi kes langgar lari - Utusan Malaysia

Polis cari saksi kes langgar lari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 19 Mei – Orang awam yang melihat kejadian langgar lari melibatkan penunggang motosikal di Kilometer 30.9 Lebuh Raya Silikon dari arah Seri Kembangan menghala ke Kajang dekat sini malam tadi diminta tampil memberi maklumat bagi membantu siasatan polis.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 malam itu, mangsa mengalami kecederaan parah selepas dikatakan dilanggar sebuah lori.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata, bagaimanapun, setiba sahaja di Hospital Serdang, mangsa disahkan meninggal dunia akibat kemalangan itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ujarnya, sehubunagn itu, saksi kemalangan dicari bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Saksi boleh menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang di 03-87774264 atau juga boleh hadir terus ke Bahagian Siasatan dan penguatkuasa di bahagian berkaitan,” katanya di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini