Pogba, De Gea sahaja boleh ke kelab elit Eropah - Evra - Utusan Malaysia

Pogba, De Gea sahaja boleh ke kelab elit Eropah – Evra

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 15 Mei – Bekas pemain Manchester united Patrice Evra menyifatkan hanya Paul Pogba dan David de Gea berupaya beraksi bersama pasukan gergasi Eropah.

United mengalami musim hambar dan bersedia membina skuadnya semula, namun Pogba dan De Gea dikaitkan dengan perpindahan ke Real Madrid dan pasukan lain.

Evra, yang masih mempunyai hubungan dengan beberapa pemain United, memberikan pandangan jujur terhadap bekas kelabnya itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pemain kebangsaan Perancis itu berkatam Pogba dan De Gea merupakan dua pemain di bawah kendalian Oleh Gunnar Solskjaer, yang berupaya menyertai kelab elit Eropah.

“Saya akan jujur kepada anda, saya sayangkan mereka semua. Saya dapat lihat beberapa di antara mereka ketika saya menyertai pertandingan. Saya melawat mereka di bilik persalinan dan memberi galakan kepada mereka.

“Mereka tahu betapa sayangnya saya kepada mereka. Namun bagi saya satu atau dua nama yang boleh bermain bersama Real Madrid, Juventus atau Bayern Munich? Ada beberapa sahaja.

“Boleh dikatakan hanya Paul Pigba dan David de Gea. Saya tetap hormati dengan pemain lain,” kata Evra yang meninggalkan Old Trafford selepas lapan tahun bersama sejak 2014.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini