PUTRAJAYA 1 Mei – Tun Dr. Mahathir Mohamad menjelaskan kehadiran pekerja asing ke dalam negara ini berpunca daripada sikap rakyat yang tidak mahu membuat kerja tertentu walaupun mereka sebenarnya mampu melakukannya sendiri. Ujar Perdana Menteri, maka peluang itu direbut oleh pekerja asing. “Akhirnya, mereka akan menjadi kaya dan kita pula kekal atau menjadi miskin,” katanya ketika berucap dalam Majlis Sambutan Hari Pekerja Tahun 2019 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)…










