PM, menteri terdahulu perlu bertanggungjawab - Utusan Malaysia

PM, menteri terdahulu perlu bertanggungjawab

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 17 Mei – Semua bahan bukti dan dokumen berserta laporan penuh Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus,Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) berhubung isu pertukaran tanah perlu diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, ini bagi membolehkan SPRM menyiasat sepenuhnya terhadap 16 perjanjian land swap terbabit.

Malah katanya, menteri dan Perdana Menteri terdahulu juga perlu mengambil tanggungjawab terhadap tindakan mereka jika didapati bersalah di sisi undang-undang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebagaimana kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, tiada siapapun yang berada di atas undang-undang dan tiada siapa yang kebal dari undang-undang dalam isu ini.

“Isu ini tidak boleh diheret ke dalam perbicaraan media untuk dihakimi, persepsi akan menutup realiti, jadi serahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dengan penuh teliti agar kebenaran diadili,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini