PKNS belasah PJ City di Shah Alam - Utusan Malaysia

PKNS belasah PJ City di Shah Alam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 25 Mei – PKNS meraih kemenangan selesa 3-0 ke atas PJ City FC dalam saingan Liga Super yang berlangsung di Stadium Shah Alam, hari ini.

Dalam aksi itu Gabriel Guerra meletakkan PKNS di hadapan menerusi jaringan pada minit ke-49 sebelum Kpah Sherman meledak dua lagi gol pada minit ke-53 dan 73 untuk memastikan mereka meraih tiga mata penting.

Dalam saingan di Stadium Ipoh, Melaka United bangkit daripada ketinggalan untuk meraih kemenangan 3-2.

Memuatkan artikel berkaitan…

The Bos Gaurus terlebih dahulu berada di hadapan menerusi jaringan Brendan Gan pada minit ke-18 sebelum pasukan pelawat menyamakan kedudukan menerusi Nazrin Nawi pada minit ke-23.

Ketika hampir memasuki waktu rehat, Patrick Reichelt memastikan Melaka United berada dihadapan menerusi jaringan kedua.

Perak bagaimanapun berjaya menyamakan kedudukan J. Partiban pada minit ke-57 namun pasukan pelawat memastikan tiga mata berharga menjadi milik mereka selepas Reichelt meledak jaringan kemenangan pada minit ke-74.

Dalam aksi Liga Perdana, Johor Darul Ta’zim II terikat 1-1 dengan Sarawak dalam aksi yang berlangsung di Stadium Sarawak.

Pertembungan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah menyaksikan Terengganu FC II (TFC II) terikat 2-2 dengan Kelantan.

Nik Azli Nik Alias terlebih dahulu membuka tirai jaringan buat pasukan The Red Warriors selepas tiga minit perlawanan berlangsung sebelum Ahmad Takhiyuddin Roslan menyamakan kedudukan enam minit kemudian.

Nik Akif Syahiran Nik Mat kemudian menjaringkan gol kedua Kelantan pada minit ke-22 sebelum Ahmad Takhiyuddin menjadi penyelamat TFC II menerusi jaringan penyamaannya pada minit ke-68.

Sementara itu aksi di Stadium Bandaraya menyaksikan Pulau Pinang dan Sabah berkongsi satu mata selepas terikat tanpa jaringan.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini