BERLIN 20 Mei- Penyerang berpengalaman Peru, Claudio Pizarro akan menamatkan karier sebagai pemain bola sepak pada usia 41 tahun iaitu tahun depan.
Pizarro,40, mengumumkan lanjutan kontrak selama setahun bersama Werder Bremen, tetapi mengakui musim depan merupakan penampilan terakhirnya selepas dua dekad beraksi dalam kancah bola sepak Eropah.
“Musim depan akan menjadi penampilan terakhir. Saya mahu menamatkan karier saya dalam keadaan yang baik,” katanya selepas perlawanan persahabatan menentang Papenburg.
Sepanjang 472 penampilannya di Bundesliga, Pizarro telah meledak 197 gol sepanjang bersama Bremen, Bayern Munich dan Cologne.
Beberapa jam selepas mengumumkan lanjutan kontrak, Pizarro yang masuk sebagai pemain gantian menjaringkan gol kemenangan ketika pasukannya menewaskan RB Leipzig 2-1. – AFP











