KUALA LUMPUR 10 Mei – Skuad pingpong negara akan menerima khidmat jurulatih dari China, Mu Tong dan seorang lagi dari Filipina dalam persediaan ke Sukan SEA dengan meletakkan sasaran sebutir gangsa menerusi beregu wanita.
“Dia yang berasal dari wilayah Shandong, pernah melatih pemain Jepun, Ai Fukuham meraih pingat perak Sukan Olimpik 2012 dan gangsa Olimpik 2016.
“Sukan SEA Filipina hanya mempertandingkan acara individu dengan lima pingat emas . Tanpa acara berpasukan lelaki dan wanita, peluang kita agak sukar apatah lagi negara seperti Singapura menggunakan khidmat pemain import.
“Di Filipina, kami sasarkan acara beregu wanita yang sudah mantap bergandingan, berpengalaman dan pernah menang gangsa Kejohanan Komanwel.
“Tahun ini kami tidak hantar atlet berlatih di luar negara lagi sebaliknya hanya mendapatkan rakan sepelatih pemain asing,” kata Naib Presiden Persatuan Pingpong Malaysia (TTAM), Chin Luen Liang.
Beliau berkata demikian selepas mesyuarat Jawatankuasa Kerja Majlis Sukan Negara (MSN)-TTAM di Bukit Jalil hari ini yang dipengerusikan Ketua Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail.
Edisi ke-30 Sukan SEA akan berlangsung dari 30 November hingga 11 Disember ini. – UTUSAN ONLINE











