PGA Miri rampas rokok, minuman keras seludup bernilai lebih RM800,000 - Utusan Malaysia

PGA Miri rampas rokok, minuman keras seludup bernilai lebih RM800,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MIRI – Polis merampas pelbagai jenis rokok serta minuman keras yang dipercayai diseludup masuk ke negeri ini bernilai RM844,181.09 termasuk cukai.

Dalam serbuan kira-kira pukul 8.30 malam itu dilakukan di sebuah rumah di Jalan Padang Kerbau Pujut di sini.

Pegawai Pemerintah Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 12 Miri, Superintendan Tan Hiap Seng berkata, hasil pemeriksaan di stor pertama, pihaknya menemukan 4,290 karton rokok pelbagai jenis serta 274 botol minuman keras.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ujarnya, susulan itu, pemeriksaan di stor kedua kemudiannya menemukan sebanyak 13,224 tin minuman keras manakala 1,080 tin lagi diletakkan di stor ketiga.

“Ini adalah rampasan terbesar di Miri setakat ini dan barangan ini dipercayai diseludup masuk menerusi laut” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Tambah Hiap Seng, nilai kesemua barangan yang dirampas iaitu RM164,061.44 manakala nilai cukai tidak dibayar ialah RM680,119.65.

“Selain rampasan, seorang lelaki tempatan berusia 22 tahun yang juga penjaga premis turut ditahan untuk membantu siasatan mengikut seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

“Rampasan serta suspek akan diserahkan kepada Jabatan Kastam dan Eksais Miri untuk tindakan susulan,” jelasnya.- Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini