KOLEKSI pakaian tradisional seperti kurung mahupun kebaya tidak mungkin pupus biarpun industri fesyen dibanjiri himpunan rekaan moden yang mempunyai sentuhan cita rasa baharu. Malah, pakaian tradisional tetap menjadi pilihan ramai, tidak kira dalam kalangan orang dewasa mahupun remaja memandangkan koleksi itu mampu menyerlahkan lagi keayuan dan kecantikan diri si pemakai. TAMPIL gaya klasik dengan baju kurung tenun polos dipadankan dengan kain bercorak. Sentuhan klasik turut memikat hati wanita mahupun kaum Adam untuk digayakan ketika lebaran terutama pada pagi hari raya atau saat menghadiri majlis-majlis rasmi yang memerlukan penampilan gaya tradisional.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya