KUALA LUMPUR 3 Mei – Permintaan terhadap emas dunia bertambah kepada 1,053.3 tan pada suku pertama tahun 2019, meningkat tujuh peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu, menurut laporan Trend Permintaan Emas terkini oleh World Gold Council. Peningkatan berbanding tahun sebelumnya ini sebahagian besarnya adalah disebabkan pertumbuhan berterusan dalam pembelian oleh bank pusat selain pertumbuhan dalam dana dagangan bursa (ETF) yang disokong oleh emas. Bank-bank pusat global membeli 145.5 tan emas pada suku pertama, meningkat 68 peratus pada tempoh yang sama 2018 dan menonjolkan permulaan paling kukuh sejak tahun 2013,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya