LONDON 25 Mei – Thomas Tuchel dijangka akan kekal mengendalikan Paris Saint-Germain musim depan, namun tetap berwaspada memandangkan situasi mampu berubah setiap hari.
PSG memenangi Ligue 1, namun terkandas dalam kancah Liga Juara-Juara dan Coupe de la Ligue sebelum itu, termasuk kalah dalam sepakan penentuan kepada Rennes pada perlawanan akhir Coupe de France.
Kekalahan tersebut hadir dalam tempoh seminggu terakhir musim ini , menyaksikan PSG hanya menang tiga daripada 10 perlawanan dalam semua pertandingan, termasuk tewas 1-3 kepada Reims, Jumaat lalu.
Juara Ligue 1 jelas tergelincir daripada landasan prestasi sebenar mereka sejak akhir-akhir ini, namun Tuchel tetap positif untuk masa depan.
“Saya fikir saya boleh kata ya (saya akan kekal). Namun dalam bola sepak, ia mampu berubah setiap hari.
“Anda sentiasa boleh bertanyakan kepada saya, namun saya tetap di sini. Jika ada perubahan, saya akan menerimanya dengan hati terbuka,” jelas Tuchel.- AGENSI











