Perhimpunan di Jalan TAR terkawal - Utusan Malaysia

Perhimpunan di Jalan TAR terkawal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Himpunan Pertahankan Kedaulatan Islam dan Perlembagaan yang dianjurkan oleh Gerakan Pembela Ummah (Ummah) di Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini yang dihadiri lebih 3,000 peserta berjalan dalam keadaan aman dan terkawal.

Himpunan yang bermula pada pukul 2 petang dan dijangka tamat pada pukul 6 petang itu bersurai lebih awal kira-kira pukul 3.30 petang akibat cuaca buruk.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd. Fahmi Visunathan Abdullah berkata, seramai 600 anggota ditugaskan untuk mengawal himpunan hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Himpunan yang dihadiri seramai 3,000 hingga 3,500 orang peserta itu berjalan dalam suasana aman tanpa sebarang kejadian yang boleh mengugat keselamatan awam.

“Pihak polis akan meneliti dan mengambil kira maklum balas tentang himpunan tersebut dan kita juga akan mengkaji semula ucapan yang telah disampaikan,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi himpunan di Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini hari ini.

Mohd. Fahmi menambah, pihak polis telah menerima notis pemberitahuan daripada penganjur dan bertemu dengan penganjur.

“Penganjur tidak menyertakan notis kebenaran daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) jadi ia di anggap tidak lengkap.

“Kita akan panggil penganjur untuk diambil keterangan sekiranya siasatan memerlukan,” ujarnya. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini