PEKAN 23 Mei – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad tiba di Balairung Seri Istana Abu Bakar di sini pada pukul 11.05 pagi bagi memberi perghormatan terakhir kepada Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri‘ayatuddin Al Muadzam Shah.
Tun Mahathir diiringi Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali dan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo.
Perdana Menteri kemudian memberi penghormatan kepada jenazah Almarhum dan bersalaman dengan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah serta kerabat.
Memuatkan artikel berkaitan…
Dr. Mahathir kemudian bersalaman dengan hadirin dan keluar daripada Balairung Seri pada pukul 11.10 pagi. – UTUSAN ONLINE











