PARIS 19 Mei – Dewan Senat Perancis mengundi untuk melarang golongan ibu yang memakai tudung atau hijab daripada menemani anak-anak mereka yang menyertai program lawatan sekolah.
Mail Online melaporkan, larangan itu merupakan tambahan kepada undang-undang sebelum ini yang melarang golongan wanita memakai hijab di peringkat sekolah rendah dan menengah.
Rang undang-undang (RUU) itu dicadangkan oleh Parti Republikan dan bakal dikuatkuasakan, selain sekularisme merupakan kunci utama dalam Perlembagaan negara ini.
Memuatkan artikel berkaitan…
Prinsip tersebut melarang penglibatan mana-mana agama dalam hal ehwal kerajaan dan undang-undang baharu berkenaan secara khususnya melarang pemakaian yang mempunyai ‘unsur atau simbol keagamaan’. – AGENSI











