Peranan Maritim Malaysia tidak bertindih - Utusan Malaysia

Peranan Maritim Malaysia tidak bertindih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,
MERUJUK
kepada surat bertajuk “Bubar Maritim Malaysia” yang disiarkan di ruangan Forum Utusan Malaysia pada 7 Mei 2019, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) ingin menjelaskan bahawa peranan yang dimainkan oleh Maritim Malaysia tidak sekali-kali bertindih dengan mana-mana agensi penguatkuasaan yang lain, termasuk Polis Marin Malaysia (PPM).

Menjadi kewajipan Maritim Malaysia untuk menguatkuasakan undang-undang dan ketenteraman di bawah mana-mana undang-undang persekutuan di Zon Maritim Malaysia.

Dan juga menjadi tanggungjawab Maritim Malaysia untuk melaksana tugas-tugas mencari dan menyelamat di Zon Maritim Malaysia dan di lautan lepas serta mencegah dan menyekat pelakuan kesalahan di Zon Maritim Malaysia.

Selain itu, Maritim Malaysia turut bekerjasama dengan agensi-agensi berkaitan termasuk dalam menjaga keselamatan negara seperti yang termaktub dalam Akta APMM (Akta 633) iaitu menguatkuasakan semua undang-undang persekutuan serta peraturan-peraturan yang terpakai dari pesisir pantai hingga 200 batu nautika.

Maritim Malaysia akan terus memberikan fokus kepada amanah yang diberikan. Maritim Malaysia juga mengalu-alukan pihak SPRM untuk membuat siasatan ke atas pegawai-pegawai Maritim Malaysia sekiranya terdapat aduan mengenai ketirisan dan salah laku seperti yang dinyatakan.

Jika terbukti terdapat mana-mana pegawai Maritim Malaysia melakukan kesalahan seperti yang dinyatakan, kami tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan sewajarnya.

UNIT KOMUNIKASI 
KORPORAT

Maritim Malaysia

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×