Penyu mahu hukum Red Giants - Utusan Malaysia

Penyu mahu hukum Red Giants

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU 23 Mei – Pemain Terengganu FC (TFC) dituntut menggandakan usaha bagi meraih kemenangan pada aksi Liga Super menentang Selangor di Stadium Sultan Ismail Nasaruddin Shah di sini, malam esok.

Penolong Pengurus Pasukan TFC, Zulfadli Rozi berkata, pemain perlu mengambil kesempatan bermain di laman sendiri dengan mengutip tiga mata berharga dan menebus kembali kekalahan 0-1 kepada skuad ‘The Red Giants’ pada aksi pusingan pertama Liga Super di Stadium Shah Alam, Mac lepas.

Beliau berkata, pemain harus bangkit memperbaiki corak permainan yang ditampilkan ketika seri 1-1 berdepan Felda United tempoh hari dan mengikut perancangan direncanakan barisan jurulatih bagi memastikan kemenangan milik skuad Penyu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Usah biarkan kesilapan sama berulang. Kita perlu kembalikan keyakinan peminat bola sepak Terengganu yang selama ini banyak memberi sokongan dengan hadir ke stadium setiap kali perlawanan meskipun prestasi pasukan semakin merosot,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau percaya Nafuzi Zain, yang memangku tugas selaku ketua jurulatih sudah faham tentang tugasnya serta akan melakukan yang terbaik untuk pasukan.

Biarpun tanpa kehadiran dua tonggak, Ashari Samsudin dan Malik Mat Arif yang direhatkan kerana kecederaan pada perlawanan itu nanti, TFC masih mampu mencipta kemenangan jika mereka bermain sebagai satu pasukan, katanya. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini