SINGAPURA 26 Mei – Penyanyi era 60-an yang popular dengan lagu La Obe dan Nga lompak AGo Go, Kassim Rahmat meninggal dunia akibat sakit tua hari ini. Kassim, 84, atau lebih dikenali sebagai Kassim Selamat menghembuskan nafas terakhir pada pukul 3.30 petang di rumahnya di Yishun. Penyanyi utama Kumpulan The Swallows itu meninggalkan seorang isteri, Radiah Hadar dan empat orang anak. Anak perempuannya Kasmawati Kassim berkata, bapanya menghidap sakit dementia…