Penutupan beberapa lorong di Lebuhraya Persekutuan bermula esok - Utusan Malaysia

Penutupan beberapa lorong di Lebuhraya Persekutuan bermula esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 24 Mei – Lebuhraya Duke Fasa 3 Sdn. Bhd. (LDF3) akan melaksanakan penutupan beberapa lorong sebelah kiri di Lebuhraya Persekutuan dari arah pusat bandar ke Petaling Jaya pada esok hingga 9 Jun ini.

LDF3 dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, penutupan lorong yang bermula dari pukul 10 malam hingga 6 pagi itu bertujuan membolehkan kerja-kerja pelancaran dan pemasangan rasuk sementara untuk projek Lebuhraya Setiawangsa-Pantai Expressway (SPE) dijalankan.

“Pengguna dari arah pusat bandar yang ingin menghala ke Petaling Jaya boleh menggunakan baki lorong yang masih dibuka untuk perjalanan lalu lintas.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pasukan Bertindak Kecemasan akan ditempatkan bagi memantau keadaan dan memudahkan aliran trafik jika timbul sebarang masalah di kawasan tersebut,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini