JAKARTA 22 Mei – Ketua Komisi Nasional Hak Asasi Manusia (Komnas HAM), Ahmad Taufan Damanik menyatakan beberapa penunjuk perasaan cedera terkena peluru getah dalam rusuhan yang berlaku di sini hari ini.
Antara News melaporkan, ada juga mangsa yang terpaksa dibedah kerana mengalami patah tulang.
Namun, Ahmad Taufan tidak dapat mengesahkan sekiranya mangsa yang terkorban dalam rusuhan tersebut meninggal dunia akibat terkena peluru hidup atau sebaliknya.
Memuatkan artikel berkaitan…
Hal ini kerana, keluarga mangsa korban enggan melakukan bedah siasat. – AGENSI











