Penstrukturan FGV beri isyarat positif, Alliancedbs kekal saranan ‘beli’ - Utusan Malaysia

Penstrukturan FGV beri isyarat positif, Alliancedbs kekal saranan ‘beli’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 9 Mei – AllianceDBS Research mengekalkan saranan ‘beli’ terhadap FGV Holdings Bhd berikutan isyarat positif daripada pelan penstrukturan semula syarikat perladangan itu.

“Kami percaya FGV di landasan yang tepat untuk merekodkan keuntungan teras bagi suku pertama 2019, disokong oleh usaha pengoptimuman kos syarikat,” katanya dalam satu nota di sini, hari ini.

Firma penyelidikan itu berkata, difahamkan, FGV bercadang menjimatkan kos melibatkan kakitangan pejabatnya sebanyak 10 peratus pada setiap tahun dan mahu menjadikan proses itu lebih berkesan, sejajar dengan matlamatnya untuk memaksimumkan kecekapan dan meminimumkan kos.

Memuatkan artikel berkaitan…

Di sebalik pelan rasionalisasi itu, FGV bercadang meningkatkan insentif produktiviti kepada pekerja ladang, termasuk melaksanakan penuaian blok yang berstruktur dan ketat.

“Langkah ini dijangka akan memberikan motivasi kepada pekerja selain meningkatkan pengumpulan tandan buah segar (FFB) dan keseluruhan hasil FFB. Ini adalah sejajar dengan pelan mengurangkan ketidakcekapan sebanyak RM150 juta tahun ini,” katanya. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini