Peniaga karpet didakwa bunuh bapa - Utusan Malaysia

Peniaga karpet didakwa bunuh bapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 23 Mei – Seorang penjual karpet hari ini dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini di atas pertuduhan membunuh bapa sendiri awal bulan ini.

Karesh Kurma Sharma Pardeep Kumar 21, didakwa membunuh bapanya R. Pardeep Kumar, 56, di sebuah rumah di Taman Bercham Ipoh di sini antara pukul 4.30 petang hingga 7 malam pada 9 Mei lalu.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan oleh tertuduh selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Umzarul An-Nur Umar.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pendakwaan ke atas Karesh Kurma Sharma dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Tertuduh diwakili peguam Ranjit Singh, manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Asmaniza Mohammad.

Mahkamah menetapkan 26 Jun ini sebagai tarikh sebutan semula kes.- BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini