Peniaga cadang tapak sementara di Jalan Masjid India - Utusan Malaysia

Peniaga cadang tapak sementara di Jalan Masjid India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 24 Mei- Peniaga Bazar Masjid India yang terjejas dalam kebakaran Selasa lalu merayu agar mereka dibenarkan untuk berniaga secara sementara di kawasan berdekatan tapak lama.

Wakil Persatuan Peniaga peniaga Kecil Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL), Mek Zainab Man berkata, lokasi yang dicadangkan adalah di sepanjang Jalan Masjid India iaitu bermula di Masjid India sehingga Pasaraya Haniffa.

“Kami bukan hendak berniaga di kawasan itu secara kekal tetapi hanya untuk tempoh dua minggu menjelang Hari Raya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selepas Hari Raya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) boleh panggil kami untuk berbincang dan mencari tempat baharu,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Mek Zainab memberitahu, peniaga sudah kesuntukan masa untuk meraih keuntungan daripada hasil jualan kerana Hari Raya Aidilfitri yang semakin hampir.

“Oleh itu, diharapkan DBKL dapat meluluskan cadangan tersebut dengan kadar segera. Kalau boleh pada Ahad ini peniaga sudah boleh mulakan perniagaan,” katanya.

Baru-baru ini, Utusan Malaysia melaporkan kira-kira 30 gerai jualan di bazar berkenaan yang menjual pelbagai barangan seperti pakaian, tudung, beg dan kasut terbakar pada pukul 1.35 pagi.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini