Peniaga bazar Ramadan Desa Pandan kerugian, dakwa dikhianati DBKL - Utusan Malaysia

Peniaga bazar Ramadan Desa Pandan kerugian, dakwa dikhianati DBKL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 17 Mei – Lebih 80 peniaga Bazar Ramadan Desa Pandan, di sini mengalami kerugian teruk berikutan lokasi yang baharu disediakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kurang dikunjungi pelanggan, sejak hari pertama beroperasi.

Daripada jumlah itu, kira-kira 50 peniaga terpaksa menutup perniagaan mereka kerana lokasi bazar berkenaan didakwa tidak strategik berbanding lokasi lama.

Peniaga, Siti Nur Jannah Abdul Latif Chedzoy, 27, mendakwa mereka seolah-olah telah dikhianati pihak berkuasa tempatan itu kerana pada awalnya pihaknya dimaklumkan bahawa peniaga yang berdaftar secara dalam talian dibenarkan berniaga di lokasi baharu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurutnya, ini kerana lokasi lama perlu ditutup kerana mengganggu laluan utama.

“Apa yang menimbulkan rasa terkilan kami, dua hari sebelum Ramadan lalu, lokasi asal telah dibuka kepada peniaga yang berdaftar di bawah persatuan.

“Kami difahamkan, DBKL telah membenarkan persatuan penjaja untuk berniaga sedangkan perkara itu amat bercanggah dengan ketetapan yang dibuat sebelum ini,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia hari ini.

Katanya, lebih mengecewakan lokasi yang disediakan oleh DBKL kepada peniaga persatuan adalah di tapak yang mana terdapat notis pemakluman tiada sebarang aktiviti bazar Ramadan dikeluarkan.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini