Pengurus pemasaran ditemukan maut di dalam bilik hotel - Utusan Malaysia

Pengurus pemasaran ditemukan maut di dalam bilik hotel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 23 Mei – Seorang pengurus pemasaran wanita ditemukan mati di dalam sebuah bilik hotel di Sungai Dua di sini kira-kira pukul 5 petang semalam dipercayai akibat serangan jantung.

Mayat K. Shireen, 50, yang menginap sendirian di hotel itu sejak tujuh bulan lalu ditemukan dalam keadaan berselimut di atas katil dengan kesan darah yang keluar dari hidung oleh pekerja hotel.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, pemeriksaan oleh pegawai perubatan mendapati tiada sebarang kecederaan pada tubuh mangsa selain pendarahan dari hidungnya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Hasil bedah siasat di Hospital Pulau Pinang (HPP) pagi tadi mendapati mangsa mati akibat serangan jantung,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Che Zaimani, kali terakhir pekerja hotel berkenaan berjumpa mangsa adalah ketika masuk ke dalam biliknya pada Isnin lalu namun mangsa ketika itu tidak menunjukkan sebarang tanda sakit.

“Bagaimanapun, pemeriksaan lanjut di dalam bilik mangsa menjumpai pelbagai jenis ubat-ubatan yang dipercayai ada kaitan dengan masalah kesihatan yang dihidapinya,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini