Pengantin lelaki main permainan video ketika bersanding - Utusan Malaysia

Pengantin lelaki main permainan video ketika bersanding

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SILIGURI, India – Seorang pengantin lelaki dirakam asyik bermain permainan video ketika bersanding di atas pelamin pada hari perkahwinannya di sini bulan lalu, lapor akhbar Daily Mail.

Pengantin lelaki itu dirakam begitu fokus bermain permainan PlayerUnknown’s Battleground, permainan video serupa dengan Fortnite, sehinggakan tidak mengangkat kepala untuk beramah mesra dengan hadirin di majlis perkahwinannya.

Isterinya yang duduk di sebelah kelihatan tidak gembira dengan perbuatannya itu tetapi sekadar menjeling sambil menjenguk apa yang menarik perhatian suaminya di dalam telefon pintar tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketika seorang pengunjung menghulurkan satu bungkusan hadiah dibalut dengan kertas berkilat berwarna ungu, pengantin lelaki itu menolaknya ke tepi tanpa melepaskan pandangan daripada telefonnya.

Permainan video seperti Fortnite dan PlayerUnknown’s Battleground dilaporkan telah membawa kepada gejala ketagihan baharu dengan lebih 10 pemain bola sepak profesional di Britain telah mendapatkan bantuan kerana tidak dapat tidur malam akibat ketagih bermain. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini