SILIGURI, India – Seorang pengantin lelaki dirakam asyik bermain permainan video ketika bersanding di atas pelamin pada hari perkahwinannya di sini bulan lalu, lapor akhbar Daily Mail. Pengantin lelaki itu dirakam begitu fokus bermain permainan PlayerUnknown’s Battleground, permainan video serupa dengan Fortnite, sehinggakan tidak mengangkat kepala untuk beramah mesra dengan hadirin di majlis perkahwinannya. Isterinya yang duduk di sebelah kelihatan tidak gembira dengan perbuatannya itu tetapi sekadar menjeling sambil menjenguk apa yang menarik perhatian suaminya di dalam telefon pintar tersebut. Ketika seorang pengunjung menghulurkan satu bungkusan hadiah dibalut dengan kertas…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya