Penemuan peluru, bom 
gempar Christchurch - Utusan Malaysia

Penemuan peluru, bom 
gempar Christchurch

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WELLINGTON 30 April – Polis New Zealand menahan seorang lelaki berusia 33 tahun selepas menemukan peluru dan bungkusan mengandungi bahan letupan di sebuah premis kosong di Christchurch petang ini.

Penahanan tersebut dan penemuan bahan letupan menggemparkan penduduk setempat yang masih terkesan dengan serangan pengganas kulit putih terhadap dua buah masjid di Christchurch yang mengorbankan 50 orang pada bulan lalu.

Lapor al-Jazeera, polis bertindak mengepung jalan raya di kawasan Philipstown di bandar South Island, di mana bom serta peluru itu dijumpai.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut kenyataan polis, pasukan pemusnah bom, ambulans dan anggota bomba dikerahkan ke tempat kejadian.

Sementara itu, New Zealand Herald melaporkan polis bergegas ke tempat kejadian susulan ‘ancaman berhubung bahan letupan’.

“Seorang lelaki berusia 33 tahun telah ditahan dan suspek disoal siasat berkaitan insiden itu,” menurut kenyataan tersebut.

Beberapa kediaman berdekatan dikosongkan sebagai langkah keselamatan.

Tambah kenyataan itu, zon larangan terbang turut dikuatkuasakan di sekitar kawasan penemuan bom dan peluru tersebut.

“Saya melihat ramai polis di lokasi kejadian. Kenderaan bomba turut diletakkan di situ tetapi apa saya tahu sesuatu sedang berlaku,” kata seorang penduduk tempatan.

Jurucakap St. John Ambulans memaklumkan, agensi tersebut berada dalam keadaan bersiap sedia sekiranya berlaku kejadian tidak diingini di lokasi penemuan bahan letupan itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini