Penarikan keluar dana Norway tidak beri kesan besar - Utusan Malaysia

Penarikan keluar dana Norway tidak beri kesan besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 16 Mei – Keputusan dana harta negara Norway untuk mengeluarkan bon pasaran negara sedang pesat membangun daripada indeks penanda aras yang dipantaunya tidak akan memberi kesan besar kepada Malaysia, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Nor Shamsiah Mohd, Yunus.

Beliau berkata, kesan itu tidak ketara kepada Malaysia kerana negara memiliki banyak pelabur institusi domestik.

“Jika anda lihat pada laporan tahunan dan semua itu, kita telah menunjukkan malahan (sekiranya) terdapat tempoh aliran keluar yang besar, hasil bon kita tidak banyak bergerak seperti yang mungkin dialami negara lain apabila mereka mengalami aliran keluar yang sama.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ia kerana kita mempunyai sejumlah besar pelabur institusi domestik,” katanya pada sidang akhbar selepas mengumumkan prestasi keluaran dalam negara kasar (KDNK) suku pertama Malaysia, di sini, hari ini.

Nor Shamsiah berkata, meskipun keputusan dana harta negara Norway itu, hasil bon Malaysia kekal pada tahap yang sama seperti pada awal tahun ini. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini