Peminat Westlife tegar ditipu pembelian tiket konsert - Utusan Malaysia

Peminat Westlife tegar ditipu pembelian tiket konsert

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Hasrat peminat tegar kumpulan terkenal Westlife untuk menyaksikan konsert kumpulan itu di Shah Alam, Selangor pada bulan Ogos hadapan, tidak kesampaian apabila ‘tiket’ yang dibelinya di laman sosial sebenarnya tidak wujud. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd. Wazir Mohd Yusuf berkata, seorang wanita berusia 35 tahun mendakwa ditawarkan tiket berkenaan oleh suspek wanita yang menghubunginya menerusi kiriman pesanan di Facebook Khamis lepas.

Beliau berkata, wanita itu ditawarkan tiket zon kuning berharga RM487 yang dibayar menerusi transaksi pemindahan wang ke dalam akaun yang diberikan suspek, pada pukul 4.20 petang hari yang sama. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Suspek kemudian menghubungi wanita itu untuk memberi nombor pengesahan syarikat penghantaran dan memaklumkan dia perlu membuat bayaran tambahan kerana tiket yang dihantar adalah dua,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. 

Mohd. Wazir berkata, wanita itu mendakwa jumlah kerugian yang dialaminya ialah RM947. – Bernama
 
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini