Pemergian Khoo Kay Kim dirasai bekas pelajar - Utusan Malaysia

Pemergian Khoo Kay Kim dirasai bekas pelajar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 28 Mei – Jasa Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim sebagai pensyarah di Universiti Malaya (UM) sentiasa akan diingati oleh bekas-bekas pelajarnya.

TEO KOK SEONG
TEO KOK SEONG 

Felo Utama Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Dr. Teo Kok Seong berkata, kehilangan mendiang amat terkesan baginya kerana mendiang merupakan pensyarah yang sangat berpengetahuan.

Kok Seong berkata, mendiang Kay Kim pernah mengajarnya kursus Sejarah di universiti pertama negara itu pada 1979.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mendiang akan masuk ke kelas tanpa bawa nota atau kertas langsung, sudah tentu ia cukup mengkagumkan saya kerana Sejarah melibatkan banyak fakta dan tarikh-tarikh penting,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Jelas Kok Seong, selepas tamat pengajian hubungan beliau dengan mendiang lebih kepada urusan profesional seperti menghadiri seminar dan ceramah berkaitan kerangka nasionalisme negara.

Kata beliau, ramai yang memberitahu beliau sebagai pengganti mendiang kerana memiliki pemikiran sama mengenai sejarah dan perpaduan negara.

“Akhbar Cina pernah menyifatkan mendiang, saya dan Dr. Ridhuan Tee Abdullah sebagai tidak mewakili pemikiran masyarakat Cina, sebab pandangan kami bertentangan dengan pandangan kebanyakan orang Cina,” katanya.

Kay Kim, 82, meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) akibat masalah jantung hari ini.

Mendiang merupakan pensyarah Jabatan Sejarah di UM dan antara yang membantu menggubal Rukun Negara, meninggal dunia kira-kira pada pukul 10.45 pagi tadi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini