Pemandu maut, lori langgar belakang treler - Utusan Malaysia

Pemandu maut, lori langgar belakang treler

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAMPAR 14 Mei – Seorang pemandu lori maut setelah kenderaan dipandunya melanggar belakang sebuah treler di Kilometer 300.8, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 6.25 pagi itu, mangsa, Azman Ahmad, 44, maut di tempat kejadian manakala pemandu treler berusia 35 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Hasron Nazri Hashim berkata, ketika kejadian, kenderaan dipandu mangsa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, kemalangan berlaku apabila lori tersebut melanggar belakang treler berkenaan yang dipandu di lorong kiri hingga menyebabkan bahagian depan lori melekat pada belakang treler dan diseret sejauh 130 meter.

“Akibat kejadian itu, pemandu lori cedera parah dan maut di tempat kejadian. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kampar untuk bedah siasat,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini