GUA MUSANG 1 Mei – Seorang pemandu lori yang membawa kelapa sawit maut manakala kelindannya cedera parah selepas kenderaan mereka dipercayai bertembung dengan sebuah treler di Jalan Felda Aring 6, dekat sini petang semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang itu, pemandu lori jenis Daihatsu, Muhamad Zaki Ismail, 30, dari Felda Chiku 7 di sini maut di tempat kejadian akibat tersepit dan mengalami kecederaan parah di bahagian dada. Kelindannya yang merupakan warga Indonesia dikenali sebagai Budianto, 41, cedera parah di bahagian kepala. Pemandu treler yang membawa bijih besi, Muhamad Arif…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya