GUA MUSANG – Seorang pemandu yang membawa muatan kelapa sawit maut tersepit, manakala kelindannya cedera parah selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler muatan bijih besi di Jalan Felda Aring 6, semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang itu, pemandu lori jenis Daihatsu, Muhamad Zaki Ismail, 30, dari Felda Chiku 7 di sini maut di tempat kejadian akibat tersepit dan mengalami kecederaan parah di bahagian dada. Manakala, kelindannya yang merupakan…










