Pemandu lori rentung selepas bertembung dengan treler - Utusan Malaysia

Pemandu lori rentung selepas bertembung dengan treler

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS – Seorang pemandu lori rentung selepas bertembung dengan sebuah treler di Kilometer 18 Jalan Lipis-Gua Musang dekat Kampung Selendang, di sini petang tadi. 

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang itu, pemandu yang belum diketahui identitinya ditemui rentung selepas lorinya terbalik lalu terbakar.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Azli Mohd Noor berkata, kemalangan berlaku apabila lori yang datang dari arah Gua Musang telah hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pemandu treler terbabit tidak sempat mengelak dan kedua-dua kenderaan berat itu bertembung di lokasi kejadian.

“Lori terbabit telah terbalik dan terbakar menyebabkan pemandunya rentung,” katanya.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lipis untuk bedah siasat manakala pemandu treler tidak mengalami kecederaan.

“Pihak polis sedang menjejaki waris mangsa kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini